Lebat hujan yang turun. Helang Biru memandang ke langit. Agak kelam awannya; pasti lambat lagi hujan akan reda.Terkial-kial beralih tempat untuk berteduh walaupun Helang Biru tahu badannya sudah basah kuyup!
Helang Biru menghela nafas panjang; memandang tali yang terikat dikakinya.Adakah belum masanya lagi untuk biarkan dirinya bebas di udara? Sampai bila dia harus terikat? Apa kurang dirinya? Bukankah dia sang helang? Sang helang yang sepatutnya beraksi seperti kehendak alam!
KALAULAH... Kakinya tidak terikat, Helang Biru akan terbang semahunya. Setidak-tidaknya dapat dia berteduh jika hari hujan lebat begini.Namun, inilah hakikatnya, dia helang yang dilayan seperti merpati!
Wednesday, July 14, 2010
Tuesday, June 15, 2010
Warna Yang Perlahan-lahan Berubah
Gagak Biru merenung tepat bulu yang berada di lantai. Aneh! Rasanya bulu itu bulunya tetapi kenapa lain benar warnanya. Hitam pekat!! Apa yang sudah terjadi? Terkedek-kedek Gagak Biru menghampiri cermin kaca untuk mendapat kepastian.
Gagak Biru terkedu.. kebanyakkan bulunya telah bertukar hitam.Dia menghela nafas yang panjang.Kepalanya sedikit sakit.Apa yang cuba dielakkannya selama ini menjadi kenyataan.Gagak Biru telah menjadi Gagak Hitam.Dia akan sama saja macam gagak-gagak lain.Mata gagak biru bergenang dengan air mata namun ditahannya agar tidak menitis.
KALAULAH... Gagak Biru boleh iktiarkan sesuatu namun fikirannya buntu setakat ini.Tapi dia yakin, keadaan pasti tidak akan membiarkan dirinya menjadi Gagak Hitam kerana selama ini dia adalah Gagak Biru yang tidak pernah berputus asa!

Thursday, May 27, 2010
Ahli Sihir Yang Menghilangkan Diri
Katak biru tergamam; keliru. Ahli sihir yang cuba menyumpahnya dulu tetiba hilang dari kawasan kolam.Penghuni kolam yang lain juga turut rasa tergamam.Mana mungkin ahli sihir yang begitu berkuasa boleh menghilangkan diri begitu saja. Apa yang terjadi sebenarnya?
Katak biru rasa keadaan mungkin berubah dengan ketiadaan ahli sihir tersebut.Baik atau buruk, hanya keadaan yang bakal menentukan. Minta dijauhi supaya kolam tersebut tidak diperintah oleh raja yang kejam.Mahunya dihukum pancung pula semua penghuni kolam nanti.
KALAULAH... Katak Biru tahu apa yang bakal terjadi; alangkah bagusnya! Dapat dia menyiapkan diri menghadapi hari mendatang.Namun, terdetik juga dalam hati Si Katak Biru; satu hari nanti mungkin dia juga merindui hilaian ahli sihir tersebut seperti mana penghuni kolam yang lain. 8)

Sunday, May 2, 2010
Jarang Menjenguk Pantai
Penyu Biru berenang kepermukaan; menghirup udara segar.Ditengah-tengah lautan yang Penyu Biru sendiri pun tidak pasti di mana lokasinya.Kelihatan banyak camar laut; pastinya jika keadaan sebegitu ada dataran berhampiran.
Sudah lama rasanya Penyu Biru tidak pulang ke dataran.Kadang-kadang sudah terlalu hampir ke dataran tetapi tidak pula berjaya menjengah muka ke sana. Harap-harap pantai tidak banyak berubah.Tapi mungkin penghuni di pantai yang akan berkata si Penyu Biru yang banyak berubah.Masakan begitu!
KALAULAH... Si Penyu Biru boleh selalu balik ke pantai sepeti camar laut,alangkah gembiranya. Selalu dapat bersama kelompok camar yang lain. Perlahan-lahan Penyu Biru kembali menyelam. Dibenaknya terfikir mungkin, cengkerang dibelakangnyalah yang membataskan pergerakkannya untuk selalu pulang ke pantai.Berat!Sangat berat..

Wednesday, April 28, 2010
Terasa Ingin Pulang Ke Laut
Belacak Biru terkial-kial bergerak ke tepi batu.Berlindung sebab terik mentari.Ada juga belacak lain yang masih di pantai terus mencari makanan tanpa menghirau terik tersebut.Tabah!Alangkah baiknya jika dia juga sepertinya. Terdetik dihati Belacak Biru.
Memang Belacak Biru haiwan dua alam tetapi banyak masanya dihabiskan di luar air.Seingat Belacak Biru, sejak berpindah ke pantai ini,jarang sekali kulitnya dapat menjamah air laut.Terfikir juga kenapa tidak saja terus berada di dalam air.Kenapa?Tidak pasti pula Belacak Biru jawapannya.
KALAULAH.. Si Belacak Biru berpindah ke pantai lain, maka dia boleh menjalani kehidupan sepenuh masa di dalam laut.Namun, risau juga jika air di sana tidak semasin air laut di sini.Takpun, penuh dengan obor-obor beracun.Belacak Biru mendengus panjang, dia perlu masa untuk terus berfikir.Yang terbaik!

Thursday, April 22, 2010
Katak Yang Bakal Disumpah
Kebelakangan ini si Katak Biru banyak melompat.Namun, lompatannya kadang-kadang dirasakan tidak cukup jauh. Sejauh mata memandang.Khabar angin di sekitar kolam mengkhabarkan mungkin sebab itulah ahli sihir mahu menyumpahnya.Disebabkan lompatannya yang kian lemah!Longlai..
Katak Biru tidak kisah kalau dia disumpah menjadi putera kacak.Putera kacak? Mana mungkin! Dia akan disumpah menjadi kodok.Tiada bezanya menjadi katak jenis lain tetapi janganlah menjadi kodok.Kecut juga si Katak Biru bila mendengar hilaian ahli sihir.Tidak pasti pula samada hilaian itu atas dasar apa; mungkin sedang berkira-kira mahu menyumpah si Katak Biru.
KALAULAH... si Katak Biru betul-betul disumpah menjadi kodok, dia akan mengembara mencari ahli sihir lain.Dimintanya agar menjadi Katak Biru semula. Biarlah tempatnya selepas itu bukan lagi di kolam.Namun, di bawah tempurung sekalipun, Si Katak Biru rela asalkan tidak menjadi kodok.

Thursday, April 8, 2010
Kakak Tua Yang Ingin Terbang
Kakak Tua Biru termenung di sebalik sangkar. Sekali-sekala merenung pintu keluar. Rasanya pintu tidak berkunci.Disengajakan atau tidak, itu Kakak Tua Biru tidak pasti.Pagi tadi seekor lagi kakak tua sudah terbang tinggi.Tinggalkan sangkar!
Rasanya kakak tua biru tidak lagi mampu berkata-kata.Macam selalu.Kakak tua yang tidak boleh berkata-kata selalunya di sembelih.Ataupun dibiarkan mati kelaparan.Kerap melihat kejadian sebegitu membuatkan Kakak Tua Biru resah.Takut!Nasibnya pasti serupa jika tidak tinggalkan sangkar.
KALAULAH... Kakak Tua Biru juga seberani kakak tua itu; meredah takdir yang tidak pasti. Sudah lama rasanya... Terbang.Tapi Kakak Tua Biru tidak seberani itu, banyak yang perlu dinilai. Biarlah disembelih atau mati kelaparan, Kakak Tua Biru akan gagahi juga.

Subscribe to:
Posts (Atom)