Thursday, April 22, 2010

Katak Yang Bakal Disumpah

Kebelakangan ini si Katak Biru banyak melompat.Namun, lompatannya kadang-kadang dirasakan tidak cukup jauh. Sejauh mata memandang.Khabar angin di sekitar kolam mengkhabarkan mungkin sebab itulah ahli sihir mahu menyumpahnya.Disebabkan lompatannya yang kian lemah!Longlai..

Katak Biru tidak kisah kalau dia disumpah menjadi putera kacak.Putera kacak? Mana mungkin! Dia akan disumpah menjadi kodok.Tiada bezanya menjadi katak jenis lain tetapi janganlah menjadi kodok.Kecut juga si Katak Biru bila mendengar hilaian ahli sihir.Tidak pasti pula samada hilaian itu atas dasar apa; mungkin sedang berkira-kira mahu menyumpah si Katak Biru.

KALAULAH... si Katak Biru betul-betul disumpah menjadi kodok, dia akan mengembara mencari ahli sihir lain.Dimintanya agar menjadi Katak Biru semula. Biarlah tempatnya selepas itu bukan lagi di kolam.Namun, di bawah tempurung sekalipun, Si Katak Biru rela asalkan tidak menjadi kodok.

No comments: