Saturday, March 27, 2010

Badan Yang Gondol

Biri-Biri Biru mengembek sendiri.Dibeleknya seluruh badan.Togel.Semuanya habis diketam.Adalah kira-kira 70 helai bulu sahaja yang tinggal.Biri-Biri biru tersengih.Hilang seri bila seluruh bulu birunya hilang.Dalam hati; panik juga.

Banyak gunanya bulu Biri-Biri Biru.Buat benang.Buat baju.Tapi ini pertama kali setelah beberapa tahun, si gembala terketam semua bulunya.Alasannya untuk dibuat selimut?! Biri-Biri biru menggeletar.Menahan sejuk akibat tiada bulu.

KALAULAH.. Biri-Biri Biru seperti kambing gurun; bebas hidup di gunung tanpa gangguan si gembala. Tanpa perlu diketam bulu.Tapi kalau difikirkan, hapak pula kalau bulu tidak diketam.Tiba-tiba pula Biri-Biri Biru berfikiran positif.Esok-esok tumbuhlah semula bulu birunya itu.Kembali menjadi Biri-Biri Biru.Yakin.

No comments: